Perodua Axia 2019 ketika ini ditawarkan dalam enam varian, bermula dengan 1.0 E Manual pada harga RM23,367 hinggalah kepada Perodua Axia 1.0 AV AT pada harga RM41,427 — ini meliputi tanda harga yang agak luas juga. Adakah model baru Axia nanti akan akan dijual pada harga permulaan yang lebih tinggi? Itu kita perlu tunggu dan lihat nanti.
Varian unik Axia ketika ini pula diwakili oleh 1.0 Style AT, yang hadir dengan penggayaan lasak dan tinggi daripada Axia biasa.
Di Indonesia, model Toyota Agya dan Daihatsu Ayla merupakan saudara kepada Axia. Ada khabar angin mengatakan yang model di sana akan memanfaatkan juga enjin dengan turbocas, dengan jangkaan pelancarannya pada Mac 2023. Adakah Perodua juga akan memperkenalkan Axia turbo?
Jadual dalam dokumen berkenaan menyenaraikan empat varian Axia D74A tersebut — 1000 G CVT, 1000 X CVT, 1000 SE CVT dan 1000 AV CVT. Semuanya ditandakan dengan CVT, yang mungkin saja mencadangkan bahawa Axia terbaru itu nanti tidak lagi akan ditawarkan dengan kotak gear manual — setidak-tidaknya ketika pelancarannya.
Jadual kedua di bawah jadual varian pula memaparkan pilihan warna yang akan ditawarkan — Ivory White solid, Glittering Silver metalik, Granite Grey metalik, Lava Red metalik dan terakhir pilihan warna baru, Coral Blue metalik. Ini mungkin biru yang berbeza daripada warna terbaru yang ditawarkan untuk Myvi, dengan nama Electric Blue metalik.
Nak Beli Kereta Perodua Boleh Hubungi Saya. SHAH, hanya di PeroduaBranch.online