Perodua Myvi 2022, Dengan Kotak Gear D-CVT. Apakah Perbezaannya

D-CVT Perodua Myvi (2022)
  • D-CVT Perodua ialah jenis transmisi gabungan teknologi daripada tiga jenis kotak gear iaitu manual, automatik dan CVT, iaitu kombinasi pacuan tali sawat dan sistem pacuan gear.
  • Manfaat transmisi baharu Myvi adalah memberikan penjimatan penggunaan bahan api, meningkatkan kecekapan hantaran kuasa dan menjadikan enjin lebih senyap.
  • D-CVT  dipacu gear ketika memandu dalam halaju tinggi, berbeza daripada DCVT Toyota dengan khidmat gear dalam halaju rendah.
  • Generasi Myvi automatik sebelum ini menggunakan transmisi konvensional automatik 4-kelajuan, manakala model faceliftdilancarkan semalam ialah generasi CVT (D-CVT).
  • Jika diperhatikan, tombol gear Myvi (2022) baharu sudah berubah, yang mana Perodua menggunakan susunan P-R-N-D-S-B menggantikan P-R-N-D-3-2.
  • Angka 3 kini ditukar kepada S (bermaksud Sport) yang dapat membantu pecutan ketika memotong, manakala B menggantikan 2, sesuai untuk pemanduan turun bukit.
  • D-CVT pada Myvi (2022) menawarkan kecekapan bahan api sekitar 5 peratus. Menurut Perodua, varian 1.5L mampu mencapai 21.1km per liter petrol berbanding 20.1km sebelum ini. Varian 1.3 liter pula lebih efisien iaitu 22.2km per liter berbanding 21.1km sebelum ini.
  • Masa pecutan meningkat 20 peratus lebih cepat. Myvi 1.3L boleh mencapai kelajuan 0-100kmj dalam masa 5 saat, manakala varian 1.5L memerlukan tempoh 10.2 saat.
APA BEZA CVT dan D-CVT
  • Transmisi CVT biasan (foto atas kiri) menggunakan sepasang puli (pulley)(dipacu dan memacu) yang bersambung dengan satu tali sawat (belting) untuk menghasilkan nisbah gear. Transmisi CVT boleh dianggap seakan gear basikal.
  • D-CVT(foto atas kanan) Myvi (2022) berasaskan sistem puli dan tali sawat sama, tetapi ada tambahan mekanisme gear-pisah (split-gear). Cara operasi sama seperti CVT, tetapi berbeza pada fasa pecutan.
  • Ketika memecut, split-gear akan mengambil alih tugas puli dan tali sawat dalam hantaran  kuasa dari enjin ke roda. Ini membantu mengurangkan pusingan dan tekanan ke atas tali sawat. Berikut video perbezaan CVT dan D-CVT:
  • Bagi memudahkan pemahaman mengenai fungsi CVT berfungsi, video di bawah ini memberikan penjelasan lebih mudah:
GearBox CVT
GearBox D-CVT
MANFAAT D-CVT vs CVT
  1. Tambahan Jarak Nisbah Gear 
  • Menurut Daihatsu, CVT biasa memiliki jarak nisbah gear seakan sama seperti transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Kelebihan mod pisah (split mode)dalam D-CVT pula menjadikan jarak nisbah gear seperti transmisi automatik 8-kelajuan.
  1. Putaran Enjin Lebih Rendah
  • Split-modemampu mengurangkan putaran enjin 200rpm pada kelajuan 60kmj, atau 550rpm pada 100kmj.
  • Pengurangan itu mengurangkan fenomena enjin meraung berbanding transmisi CVT biasa, sekali gus menjadikan pecutan lebih lancar dan lebih cekap bahan api.
  1. Transmisi Lebih Efisien
  • Salah satu kelemahan transmisi CVT ialah fenomena hilang tenaga akibat kesan geseran tali sawat. Di sinilah kelebihan split modedalam D-CVT sebagai penyelesaiannya.
  • Teknologi baharu dalam D-CVT mengurangkan kebergantungan kepada tali sawat dan mengurangkan gejala hilang tenaga.

Nak Beli Kereta Perodua Boleh Hubungi Saya. SHAH, hanya di PeroduaBranch.online

Rate this post
Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *