Proses Tuntutan Insurans Kereta dan Cara Claim Insurans Kemalangan Kereta Perodua 1

Perodua Total Protect

Kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya itu sendiri, keadaan kenderaan dan persekitaran. Faktor-faktor seperti terbabas, masuk laluan bertentangan, kecuaian, mengekori kenderaan terlalu rapat dan sebagainya merupakan antara faktor yang biasa berlaku. Oleh sebab itu, penting untuk anda terutamanya pemilik kenderaan kereta perodua memiliki insurans kereta perodua total protect yang diiktiraf oleh perodua untuk mengurangkan risiko dan kos luar jangka yang perlu ditanggung sekiranya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan. Jika anda berada dalam situasi sebegini, anda mungkin boleh pertimbangkan cara lakukan tuntutan insurans kemalangan atau claim insurans perodua total protect untuk mendapatkan 100% alat ganti tulen dari Perodua

Cara Lakukan Tuntutan Insurans Kemalangan atau Claim Insurans Kereta Kemalangan Perodua Total Protect

Jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa sebarang kecederaan fizikal, Sila Hubungi Perodua Total Protect HotLIne 1-800-88-5555 ataupun En Mohd Perodua di talian 014-3610087 untuk Khidmat nasihat

1. Dapatkan Bantuan

Sejurus selepas kemalangan berlaku, berhentikan kenderaan anda di bahu jalan. Pastikan kenderaan anda tidak menghalang pergerakan lalu lintas. Sebaik sahaja keluar daripada kenderaan, periksa sebarang kerosakan yang berlaku pada kenderaan anda. Hubungi Sila Hubungi Perodua Total Protect HotLIne 1-800-88-5555 ataupun En Mohd Perodua ditalian 014-3610087 untuk Khidmat nasihat jika kereta anda mengalami kerosakan teruk dan memerlukan perkhidmatan trak tunda. Namun begitu, anda diingatkan untuk jangan berurusan dengan pengendali trak tunda yang tidak berdaftar dengan Perodua Total Protect sebaiknya hubungi talian Hotline atau syarikat insurans anda.

2. Kumpulkan Bukti

Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis atau proses tuntutan. Dapatkan butiran individu yang melanggar atau yang dilanggar oleh kereta anda. Sebaiknya Ambil gambar kawasan kejadian, kerosakan pada kenderaan, nombor plat, cukai kenderaan dan nombor telefon individu yang terlibat. Jika individu terlibat enggan memberikan kerjasama, nyatakan kepadanya bahawa di bawah seksyen 52 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda mempunyai hak di sisi undang-undang sebagai orang yang dilanggar untuk mendapatkan butiran pihak yang melanggar. Catat maklumat-maklumat penting seperti:

  1. Nombor lesen memandu
  2. Nombor telefon untuk dihubungi dan alamat tempat tinggal
  3. Model dan nombor pendaftaran kenderaan
  4. Syarikat insurans yang didaftarkan

3. Buat Laporan Polis

Jika kenderaan anda masih selamat untuk dinaiki, segera pandu kenderaan anda ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan polis. Sekiranya kereta anda rosak teruk, tunggu sehingga bantuan perkhidmatan trak tunda tiba. Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dan anda boleh dikenakan denda jika lambat atau gagal berbuat sedemikian.

Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat yang bertugas akan menjalankan siasatan awal seperti merakamkan percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan yang terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitan. Kebiasaannya, keputusan kes akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari selepas kemalangan, manakala salinan laporan akan diberikan serta-merta atau tidak melebihi tempoh 3 hari bekerja.

4. Maklumkan Kepada Perodua Total Protect

Anda perlu memaklumkan kepada Perodua Hotline kemana arah kereta anda hendak membuat sebarang tuntutan ganti rugi dialamat Perodua berdekatan. Anda juga disarankan untuk mengemukakan tuntutan insurans untuk kos pembaikan kerosakan kenderaan anda secepat mungkin setelah mendapatkan salinan keputusan kes di balai. Jangan mendengar nasihat orang ketiga bahawa kereta anda akan dijanjikan cepat siap (Hati-hati), walaupun dari pegawai anggota polis atau pun dari pihak tunda trak. Hubungi En Mohd jika berlaku kekeliruan atau curiga

5. Hantar Kereta ke Bengkel Panel Perodua

Hantar kenderaan anda ke pusat servis kenderaan perodua bagi memastikan kerosakan kenderaan dibaiki dengan sempurna dan alat ganti yang digunakan adalah tulen. Jika kenderaan anda dilanggar, pihak insurans kereta biasanya akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak yang melanggar anda.

Sila Rujuk Perodua Total protect

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Polisi Insurans dan Proses Tuntutan Insurans Kemalangan

Kami turut menyenaraikan soalan-soalan lazim berkaitan insurans kereta dan proses tuntutan insurans kemalangan untuk panduan anda:

1. Bagaimana saya boleh membeli insurans kereta saya?

Anda boleh membeli insurans kereta melalui ejen yang berdaftar perodua atau hubungi En shah. Untuk pembelian insurans secara dalam talian, anda boleh merujuk panduan yang disediakan di sini – renew Insurance Perodua Total Protect

2. Apa yang perlu dilakukan jika kereta saya dicuri atau kemalangan?

Anda perlu melaporkan insiden kecurian atau kemalangan kepada polis dengan segera atau dalam tempoh 24 jam. Kemudian, hubungi syarikat insurans anda untuk maklumat dan tindakan lanjut.

3. Berapa lama tempoh menunggu untuk mendapatkan/menerima tuntutan sekiranya berlaku kecurian atau kemalangan?

Pemprosesan tuntutan kecurian atau kemalangan biasanya memakan masa 6 bulan atau lebih bergantung pada tahap kerumitan tuntutan. Namun begitu, tuntutan biasanya diselesaikan sebaik sahaja siasatan kecurian atau kemalangan selesai tanpa sebarang masalah dikesan.

4. Apakah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)?

NCD atau No Claim Discount merujuk kepada skim ganjaran untuk pemegang polisi sekiranya tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh polisi untuk tahun semasa. Kadar NCD ditentukan mengikut kelas kenderaan iaitu antara 25 hingga 55 peratus untuk kenderaan persendirian dan 15 hingga 25 peratus untuk motosikal dan kenderaan komersial.

Rujuk jumlah NCD anda

5. Apakah pilihan tuntutan yang biasa tersedia dalam polisi insurans kenderaan?

Tuntutan-tuntutan yang biasa tersedia dalam polisi insurans adalah seperti berikut:

Kerosakan sendiri;

    1. Kerosakan sendiri tanpa kesalahan (tuntutan OD-KFK);
    2. Cermin hadapan;
    3. Kecurian;
    4. Kerosakan harta benda pihak ketiga;
    5. Kecederaan tubuh pihak ketiga.

6 bolehkah saya membuat tuntutan?

Sekiranya ada anda membeli perlindungan tambahan kerosakan cermin hadapan, anda boleh menuntut penggantian cermin hadapan tanpa menjejaskan NCD. Sebaliknya, anda akan kehilangan NCD jika membuat Tuntutan Kerosakan Sendiri. Selain itu, anda juga disarankan untuk membeli semula perlindungan cermin hadapan setelah tuntutan dibuat kerana tuntutan ini hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pembelian. Rujuk syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut.

7. Siapakah yang boleh membuat Tuntutan Kerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan? 

Semua pemegang polisi kereta persendirian komprehensif boleh membuat tuntutan ini.

8. Apa itu Tuntutan Kerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan? 

Secara amnya, ia hampir sama seperti Tuntutan Kerosakan Sendiri. Namun begitu, NCD tidak akan terjejas meskipun pemegang polisi menuntutnya dengan syarat kemalangan tersebut bukan disebabkan oleh kesalahan anda dan anda tidak disaman oleh pihak polis.

9. Bagaimana NCD akan terjejas jika saya membuat tuntutan?

Tuntutan Kerosakan Sendiri, tuntutan kecurian, tuntutan cermin hadapan atau pihak ketiga membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda akan menyebabkan diskaun tanpa tuntutan atau NCD anda dikurangkan menjadi sifar. Namun begitu, NCD sedia ada tidak akan terjejas sekiranya anda membeli perlindungan tambahan seperti endorsmen 89 (cermin hadapan) dan endorsmen 111 (kereta persendirian). NCD untuk tuntutan kecurian akan dilupuskan tanpa mengira perlindungan tambahan yang dibeli.

10. Adakah saya akan kehilangan NCD jika saya membuat tuntutan?

Anda tidak akan kehilangan hak NCD anda jika anda membuat Tuntutan Kerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan.

5/5 - (44 votes)
Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *