Tanda Throttle Body Rosak

  • Mencari tanda Throttle Body rosak pada kereta?
  • Sukar untuk mengesan kerosakan?
  • Untuk pengetahuan anda, fungsi Throttle Body adalah untuk mengawal jumlah kemasukan udara yang masuk ke dalam ruang pembakaran secara manual dan automatik melalui Throttle valve dan Intake Manifold.
  • Untuk post ini, saya ingin kongsikan bagaimana untuk mengesan tanda – tanda kerosakan Throttle Body kereta dengan mudah dan senang untuk difahami.
 

Berikut Merupakan Tanda Kerosakan Throttle Body Kereta :

1 METER RPM TIDAK STABIL

Throttle Body kotor
  • Rpm enjin akan turun naik dan tidak stabil.
  • Kadang kala jika kereta berhenti enjin kereta akan mati.
  • Periksa Throttle Valve dan Throttle Body sensor mungkin terdapat kekotoran.
  • Periksa juga Air Flow Sensor kemungkinan terdapat kerosakan atau kotor.
  • Anda boleh bersihkan dengan menggunakan Throttle Body Cleaner.
 

2 KEROSAKAN PADA THROTTLE POSITION SENSOR

Kerosakan pada Throttle Position Sensor
  • Fungsi Throttle Position Sensor adalah untuk mengesan sudut bukaan Throttle Butterfly kemudian mengeluarkan variasi voltan untuk dihantar ke ECU.
  • TPS ini menentukan jumlah campuran udara dan bahan api untuk pembakaran lengkap dalam enjin.
  • Jika komponen ini rosak, pembakaran dalam enjin tidak sempurna dan menyebabkan kereta kurang power, semput dan sebagainya.
  • Untuk kepastian, Scan Diagnosis enjin kereta anda untuk menentukan jenis kerosakan komponen.

3 KEROSAKAN IDLE AIR CONTROL MOTOR

Kerosakan Idle Air Control Motor Sensor
  • Kerosakan komponen ini mengakibatkan rpm enjin tidak stabil, enjin kerap mati, serta lampu Check Enjin akan menyala.
  • Ini adalah tanda Throttle Body rosak yang sangat ketara.
  • Scan Diagnosis enjin kereta anda untuk menentukan jenis kerosakan.

4 ENJIN SUKAR DIHIDUPKAN

Enjin sukar dihidupkan
  • Sampai tahap kerosakan teruk Throttle Body, enjin sukar untuk dihidupkan.
  • Bagaimanapun, banyak punca enjin sukar dihidupkan antaranya adalah Fuel Pump rosak, Coil Plug rosak, kerosakan fius berkaitan,Spark Plug rosak dan komponen berkaitan.
  • Kenal pasti dahulu kerosakan ini sebelum tukar atau service Throttle Body kereta anda.

5 ENJIN KERETA SEMPUT

Enjin kereta semput
  • Apabila Throttle Body kereta kotor, ia akan menyebabkan enjin menjadi semput kerana sensor throttle body tidak dapat mengatur jumlah udara yang diperlukan untuk pembakaran enjin.
  • Oleh itu, enjin kereta akan kehilangan kuasa dan terasa berat.
  • Periksa juga Sensor yang terdapat pada Throttle Body.

6 LAMPU AMARAN MENYALA

Lampu Check Enjin menyala
  • Lampu Check Enjin akan menyala jika terdapat kerosakan pada sistem.
  • Ini membolehkan anda memeriksa kenderaan untuk mengelakan kerosakan lebih parah.
  • Salah satu kerosakan adalah Throttle Body kotor, Throttle Body rosak, Throttle Position Sensor dan Air Flow Sensor akan membuatkan lampu Check Enjin menyala pada meter dashboard.
  • Untuk menentukan jenis kerosakan, Scan Diagnosis kereta anda.

7 BUNYI ENJIN KASAR

Bunyi enjin kasar
    • Bunyi enjin kereta kasar, rpm enjin rendah dan hampir mati.
    • Ini disebabkan oleh Throttle Body kotor atau terdapat sensor Throttle Body yang rosak.
    • Periksa juga semua sensor yang terdapat pada Throttle Body kemungkinan terdapat kerosakan.
    • Bersihkan dan selaraskan Throttle Position Sensor  untuk mendapatkan idling enjin yang baik.

8 KEROSAKAN PADA SAMBUNGAN WIRING

Kerosakan pada sambungan wiring
  • Kerosakan sambungan wiring juga menyebabkan enjin semput, lampu Check Enjin menyala, dan rpm kereta tidak stabil ketika enjin dihidupkan.
  • Ini kerana, jumlah elektrik tidak mencukupi serta tiada supply elektrik untuk kefungsian Sensor pada Throttle Body.
  • Periksa semua sambungan wiring atau soket pada semua Sensor yang terdapat  Throttle Body  kereta anda.

Nak Beli Kereta Perodua Boleh Hubungi Saya. SHAH, hanya di PeroduaBranch.online

Rate this post
Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *