13 Langkah Proses membeli KERETA BARU

13 Langkah Proses membeli KERETA BARU

Proses membeli kereta baru. Perkara pertama anda perlu tahu dan kenal pasti status kekuatan dokumen serta kemampuan bayaran bulanan kereta yang hendak dipohon. supaya tidak terbeban dengan bayaran bulanan dan menjadi komitmen yang tinggi. jadi elakkan membeli kereta diluar kemampuan anda.

Tips membeli kereta mengikut kelayakkan gaji anda. Sebelum tu Lihat kelayakkan gaji anda disini

Disini saya ringkaskan Prosedur membeli Kereta Baru

  1. Pastikan anda mencari agen perodua yang sah. mendapat rekemen lagi baik.
  2. Pilih model dan variasi kereta mengikut kelayakkan gaji anda.
  3. memberi salinan dokumen mengikut kategori permohonan, sama ada skim graduan, skim pencen, skim pelajar, permohonan syarikat serta permohonan individu. setelah lengkap.
  4. SA akan membuat submission kepada agensi kewangan (bank/credit) untuk proses saringan CCRIS dan CTOS report.
  5. Didalam tempoh Submission lebih kurang 1 hari ke 3 hari. pelanggan akan menerima panggilan daripada agensi kewangan untuk sesi soal jawab (interview), antaranya soalan-soalan, kerja dimana? jawatan sebagai apa? berapa lama tempoh bekerja dan sebagainya.
  6. Dalam tempoh kelulusan bank, biasanya akan mengambil masa 2hari ke 3hari paling cepat. Paling lewat saya anggarkan 1minggu ke 2minggu. kenapa? biasanya dokumen supporting tak cukup. ada pending dokumen yang diminta. jadi bergantung pada kecepatan pelanggan memberi dokumen dengan selengkapnya. selain itu pula diatas pengalaman saya. pelanggan mempunyai masalah pada CCRIS/CTOS yang boleh ditimbang tara dengan agensi kewangan. jadi ini bergantung juga pada marketing officer yang buat kerja.
  7. Setelah mendapat kelulusan bank (LOU) letter offer undertaking. Saya sarankan pelanggan perlu lihat jumlah kelulusan pinjaman. disini ramai yang masih keliru. Hati-hati banyak pelanggan tertipu disini.
  8. Sign agreement bank. Adakah perlu sign segara atau perlu lengahkan? sebagai seorang jurujual, bergantung pada keadaan semasa, jika kereta pada masa tu dah ada ready stock saranan saya perlu lah segera untuk sign agreement, bagi mengelakkan kelam kabut dan bertambah serabut bila dah dapat chasis, ditambah pula dengan hujung bulan esok sabtu, bank tutup, jadi bila tak sign agreement tak boleh lah untuk ke next step. kesudahannya kereta diberi kepada giliran lain.
  9. Setelah selesai sign agreement, langkah seterusnya anda perlu menunggu chasis body.
  10. Dapat Chasis body, admin akan issue insurance untuk kirakan jumlah deposit yang patut anda keluarkan tolak daripada jumlah pinjaman. Hati-hati ye disini, ramai pelanggan keliru, bab transfer NCD 55%, Full Loan tapi ada deposit.
  11. Pastikan deposit yang anda transfer itu pada akaun syarikat dan bukan kepada akaun peribadi.
  12. dalam tempoh yang sama. kereta abru ini akan melibatkan 3rd Party iaitu, Pihak Bank, Insurance dan Jpj. jika ketiga-tiga ini system offline/shutdown maka secara automatik pendaftaran kereta anda juga akan terjejas, sehingga system mereka pulih.
  13. Selepas pendaftaran selesai, proses ini lebih senang saya ambil 3 hari untuk sesi penyerahan kereta, adakala kereta masih di HQ belum loading ke lori untuk sampai ke yard dan sebagainya. bergantung pada deal korang punya SA. Okeh semoga bermanfaat, ada pertanyaan Sila2 la Tanya. jangan segan2.
WhatsApp Saya

Nak Beli Kereta Perodua Boleh Hubungi Saya. SHAH, hanya di PeroduaBranch.online

Rate this post
Sales Advisor Perodua Malaysia
Shah Perodua

Shah Perodua merupakan Sales Advisor Perodua Malaysia yang berpengalaman dalam membantu pelanggan memiliki kereta Perodua mengikut keperluan dan bajet masing-masing. Dengan pendekatan yang telus dan proses yang mudah, Shah membantu pembeli dari peringkat maklumat awal sehingga serahan kenderaan.

Melalui perkongsian artikel di Perodua Branch Online, Shah berkongsi informasi berkaitan promosi Perodua terkini, harga model, panduan pembelian serta tips penting untuk memudahkan proses pemilikan kereta.

Untuk semakan kelayakan, pertanyaan lanjut atau tempahan, anda boleh terus ke halaman Perodua Ipoh bagi berhubung dengan sales advisor.

Articles: 135

LIHAT MODEL PERODUA

Bandingkan model Perodua terkini termasuk Axia, Bezza, Myvi, Ativa, Alza, Aruz dan QV-E untuk mencari yang sesuai dengan gaya hidup anda.