Apakah Ufirst Perodua?
Ufirst adalah aplikasi untuk mengetahui jumlah poin yang terkumpul, pemberitahuan tawaran untuk para pengguna, tip pemotoran, kemudahan membuat temujanji servis , rekod servis dan panggilan telefon untuk bantuan atas jalan yang ditawarkan
Kelebihan Ufirst
Berikut adalah merupakan antara kelebihan sekiranya anda mendaftar akaun ufirst ini:
- Membuat tempahan bagi servis kereta Perodua
- Menempah unit test drive
- Mencari lokasi unit jualan pusat servis
Cara Daftar Akaun Ufirst
Berikut adalah merupakan cara daftar akaun ufirst ini:
- Buka aplikasi Ufirst Peroduan Passport (Android / IOS) atau layari pautan https://www.ufirst.com.my/member/Login/Login.aspx
- Pada menu utama klik pada Sign Up
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
- Login ID
- Full Name (as per NRIC/Passport No.)
- Password
- Confirm Password
- Mobile Number
- Your Email
- Klik pada Request TAC dan masukkan no Tac yang diterima
- Tick pada PDPA dan Terma & Syarat untuk bersetuju, seterusnya klik Sign Up
- Pada laman verifikasi, isikan nombor kad pengenalan ada buat pilihan samada anda pemilik kenderaan Perodua dan klik Submit
- Pendaftaran anda telah selesai
Cara Kemaskini Akaun Ufirst
Setelah berjaya proses pendaftaran, sebagai pengguna kali pertama anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat ufisrt anda. Berikut adalah caranya:
Kemaskini Maklumat Profil
- Log masuk akaun Ufirst Peroduan Passport anda
- Pada menu utama klik pada Edit Profil
- Kemaskini maklumat anda dengan tepat
- Semak kembali, sekiranya betul klik pada Save Changes.
Kemaskini maklumat Kereta
- Log masuk akaun Ufirst Perodua Passport anda
- Pada menu utama klik pada My Car
- Kemaskini maklumat anda dengan tepat
- Semak kembali, sekiranya betul klik pada Save Changes.
Cara Semak Mata Ganjaran Ufirst
Untuk membuat semakan mata ganjaran ufirst anda, berikut adalah merupakan caranya
- Log masuk akaun Ufirst Perodua Passport anda
- Pada menu utama klik pada My Rewards
- Paparan akan menunjukkan ganjaran terkumpul yang anda terima
Tempahan Servis Kereta Perodua Melalui Ufirst (E-Appointment)
Sekiranya anda ingin membuat tempahan servis kereta perodua melalui ufirst anda, berikut dalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun Ufirst Perodua Passport anda
- Pada menu utama klik pada My Car
- Seterusnya klik pada E-Appointment
- Lengkapkan maklumat tempahan temujanji anda sehingga selesai
Cara Membuat Bayaran Tempahan Kereta Ufirst
Setelah permohonan loan anda telah lulus, anda perlu membuat bayaran minima tempahan sebanyak terus melalui ufirst tanpa melibatkan akaun syarikat atau peribadi.
- Log masuk akaun Ufirst Perodua
- Pilih pilihan Evso yang bertanda tick merah
- isikan perincian maklulumat anda
- Pilih Link Pending payment-booking fee
- Buat bayaran secara online
- Setelah itu, anda akan memdapat notification pembayaran anda telah berjaya. Selesai