...
5/5 - (40 votes)

Kelebihan Kereta Baru vs Kereta Terpakai – Mana Lebih Berbaloi?

  • Adakah saya perlu membeli kereta baru, atau saya perlu membeli kereta terpakai?
  • Mendapatkan kereta terpakai dalam keadaan yang baik akan berbaloi nilainya.
  • Insurans kereta adalah satu kemestian untuk kereta terpakai dan baru.

Tidak hairanlah mengapa ramai orang di Malaysia masih menghadapi masalah untuk mencari kereta yang mampu milik. Dengan keadaan pengangkutan awam kita yang sekarang, mustahil untuk anda bergerak tanpa kenderaan peribadi! Bukan itu sahaja, sesetengah orang mungkin tidak memikirkan tentang kereta mereka, dan hanya menggunakannya untuk pergi dari titik A ke B. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pula yang berbangga dengan kereta mereka kerana ini merupakan salah satu cara untuk mereka memberitahu kepada umum tentang status mereka.

Soalan kebiasaan yang sering kita dengar – ‘Patutkah saya membeli kereta baharu, atau patutkah saya membeli kereta terpakai? Nafsu untuk membeli kereta baru memang sukar dilawan, tetapi anda jangan lupa terdapat juga pilihan kereta terpakai di pasaran.

Tidak kira sebab apa pun anda perlu memiliki kenderaan peribadi, faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan adalah sama ada kereta tersebut memberikan nilai yang tinggi untuk wang anda ataupun tidak. Oleh itu, kami akan menyenaraikan beberapa pertimbangan untuk anda sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kereta.

Pertimbangan

Apakah yang perlu kita pertimbangkan semasa membeli kereta terpakai atau baru? Kami telah menyenaraikan untuk anda!

  • Harga
  • Waranti
  • Pinjaman Kereta & Faedah Bank
  • Kos Susut Nilai
  • Insuran Kereta

Harga

Kebanyakan orang membeli kereta terpakai kerana ia jauh lebih murah daripada yang baru, tetapi ini tidak bermakna anda akan mendapat nilai untuk wang dengan kereta terpakai. Membeli kereta baru mungkin merupakan satu keputusan yang bagus tetapi tidak seperti hartanah,kerana nilai kereta akan mengalami penurunan atau susut nilai.

Hanya kereta terpakai yang berada dalam keadaan terbaik merupakan pembelian yang berbaloi bagi mereka yang tahu cara mencarinya. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil sedikit masa untuk mencari kereta terpakai yang tepat. Oleh itu,anda disyorkan untuk membeli kereta terpakai daripada penjual yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik.

Waranti

Tidak seperti kereta baru, kebanyakan penjual kereta terpakai tidak memberikan waranti. Walaupun pengedar kereta terpakai tersebut mungkin memberikan pakej waranti kepada anda, mereka hanya akan melindungi sebahagian sahaja (enjin kereta, transmisi dan sistem penyejukan), dan tidak lebih daripada itu. Selalunya, pengedar kereta terpakai akan menafikan tuntutan waranti jika anda menghadapi masalah dengan alat ganti yang tidak dinyatakan dalam waranti tersebut.

Mendapatkan kereta baru daripada mana-mana pengedar kereta yang sah (Proton, Honda, BMW dan lain-lain) akan menjamin waranti daripada pengeluar kereta. Biasanya waranti tersebut sah antara tiga hingga lima tahun, atau 100,000 hingga 150,000km.

Perlu diingatkan bahawa, semakin lama usia kereta anda, besar kemungkinan terdapat masalah dengan pembaikan dan servis. Anda mungkin perlu membawa kenderaan terpakai anda ke bengkel untuk melakukan penyelenggaraan berkala atau hanya membaiki sebarang masalah sebelum masalah tersebut menjadi lebih parah! Oleh itu, tanpa waranti, anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk membaiki bahagian kereta anda yang perlu dibaiki.

Pinjaman Kereta & Faedah Bank

Walaupun anda tidak boleh mendapatkan pinjaman tanpa faedah untuk kereta terpakai, masih terdapat pilihan pembiayaan yang lain melalui bank tempatan. Kadar faedah yang dikenakan untuk kereta terpakai di Malaysia adalah sekitar 4.1% hingga 4.5%, iaitu tinggi sedikit daripada kereta baru dengan kadar faedah yang paling rendah iaitu 3.1%.

Walaupun kadar faedah lebih tinggi, harga keseluruhan kereta terpakai masih lebih murah daripada kereta baharu. Apabila anda sedang mencari pinjaman kereta, jangan membuat keputusan atau memilih apa yang ada. Sebaliknya, selidik terlebih dahulu pemberi pinjaman yang berbeza dan cari pemberi pinjaman yang menawarkan kadar yang lebih terbaik!

Jika anda ingin membeli kereta baharu, anda boleh mendapatkan tawaran pinjaman kereta yang terbaik melalui pengeluar kereta itu sendiri. Kebanyakan mereka mempunyai perjanjian terikat dengan bank atau syarikat sewa beli untuk menawarkan pelanggan mereka kadar faedah yang lebih baik. Walau bagaimanapun, disyorkan untuk anda membuat beberapa penyelidikan dan membandingkan kadar yang berbeza dari bank yang berbeza.

Kos Susut Nilai

Salah satu kelemahan terbesar apabila anda membeli kereta baru adalah susut nilai berlaku dengan cepat dan boleh menyebabkan anda kehilangan wang sewaktu pembelian. Kos susut nilai bergantung pada tahun pembuatan kereta, jenama dan kualiti kereta. Oleh itu, walaupun anda jenis yang berhati-hati dan menjaga kereta anda dengan baik, anda tetap akan menghadapi susut nilai ini.

Walaupun kereta terpakai atau baru mengalami susut nilai dari semasa ke semasa. Mendapatkan kereta terpakai bermakna anda tidak perlu menanggung penurunan kos susut nilai bagi beberapa tahun pertama. tetapi lebih teruk lagi dengan susut nilai kereta terpakai. ada kemungkinan anda perlu menambah wang lagi jika hendak jual semula sebelum tempoh pembayaran selesai.

Insuran Kereta

Jika anda merupakan seorang pemilik kereta di Malaysia, anda dikehendaki oleh undang-undang untuk mendapatkan insurans kereta untuk kereta kesayangan anda. Anda boleh memilih pelbagai jenis polisi dan juga menambah perlindungan tambahan untuk kereta anda.

Tidak kira jika anda mendapat kereta terpakai ATAU baharu, anda perlu mendapatkan insurans kereta kerana ia adalah wajib. Semak penyedia insurans kereta terbaik di Malaysia. 

 

Kesimpulan

Anda mungkin tertanya-tanya jenis kereta yang manakah sesuai untuk anda. Terdapat kebaikan dan keburukan untuk setiap senario, tetapi ia bergantung pada pilihan peribadi anda! Jika wang bukanlah satu isu, teruskan dan anda boleh membeli kenderaan baru. Walau bagaimanapun, jika kewangan anda masih pada paras yang belum stabil, anda harus pertimbangkan untuk membeli kereta terpakai yang memenuhi keperluan asas untuk pemanduan harian anda. Jadi tepuk dada tanya selera sama ada anda buat keputusan kelebihan kereta baru vs kereta terpakai yang mana lebih baik mengikut kehendak bajet poket anda sendiri. Nak Beli Perodua?

kelebihan kereta baru vs kereta terpakai di PeroduaBranch.online

5/5 - (40 votes)
Sharing is Caring

Share:

More Posts

Perodua Shah Alam

[URIS id=44] PERODUA SHAH ALAM – SHAH CALL SHAH WHATSAAP SHAH Saya SHAH Perodua Shah Alam, Penasihat

Sharing is Caring

Perodua Petaling Jaya

[URIS id=44] PERODUA PETALING JAYA – SHAH CALL SHAH WHATSAAP SHAH Saya SHAH Perodua Petaling Jaya, Penasihat

Sharing is Caring

Perodua Seri Kembangan

[URIS id=44] PERODUA SERI KEMBANGAN – SHAH CALL SHAH WHATSAAP SHAH Saya SHAH Perodua Seri Kembangan, Penasihat

Sharing is Caring

Perodua Melaka

[URIS id=44] PERODUA MELAKA – SHAH CALL SHAH WHATSAAP SHAH Saya SHAH Perodua Melaka, Penasihat Jualan Kereta

Sharing is Caring

Perodua Johor Bahru

[URIS id=44] PERODUA JOHOR BAHRU – SHAH CALL SHAH WHATSAAP SHAH Saya SHAH Perodua Johor Bahru, Penasihat

Sharing is Caring

Latest Promotions