13 Simbol Lampu Penunjuk Kereta Pada Meter Kereta Anda
Lampu Brek Tangan
Lampu ini merupakan indikator brek tangan anda masih digunakan. Apabila meletakkan kenderaan anda untuk tempoh yang lama atau parking, pastikan lampu ini menyala – menunjukkan brek tangan sudah digunakan.
Apabila hendak bergerak, pastikan lampu pada simbol ini tidak menyala yan menandakan brek tangan sudah dimatikan.
Lampu Check Engine
Lampu penunjuk kereta ini merupakan indikator keadaan enjin anda. Sekiranya kereta anda tidak boleh dihidupkan atau menghadapi kesukaran untuk dihidupkan dan lampu ini menyala, besar kemungkinan terdapat masalah pada enjin anda. Sila hubungi bengkel kereta yang berdekatan untuk untuk melakukan pemeriksaan lanjut pada enjin kereta anda.
Lampu Bateri
Sekiranya lampu ini sudah menyala, menandakan bahawa bateri kereta anda mungkin sudah rosak atau lemah dan sudah tiba masanya untuk menukar dengan bateri yang baru.
Lampu Sistem ABS
Antilock Braking System atau singkatannya ABS adalah satu sistem kompleks untuk mengelakkan roda kereta anda terkunci apabila membrek. Sekiranya simbol ini menyala ketika anda menekan brek, bermakna sistem ABS anda berfungsi dengan baik.
Namun, sekiranya simbol lampu penunjuk kereta ini menyala walaupun anda tidak membrek, besar kemungkinan terdapat masalah pada sistem ABS anda dan segera ke bengkel kereta untuk pemeriksaan.
Lampu Vehicle Stabilizer Control (VSC)
Simbol yang menyerupai gambar sebuah kereta seperti tergelincir ini merupakan indikator untuk Vehicle Stabilizer Control (VSC), sebuah sistem yang mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman. Lampu ini akan menyala sekiranya sistem VSC dimatikan (secara manual) dan akan menyala dan berkelip apabila sedang berfungsi.
Lampu Tahap Minyak
Lampu ini biasanya akan menyala apabila tahap bahan bakar kereta anda berada di tahap yang rendah. Segera ke petrol minyak yang berdekatan untuk mengisi minyak.
Lampu Tali Pinggang Keledar
Lampu indikator yang menandakan tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu. Sesetengah kereta turut mengeluarkan amaran sekiranya penumpan di hadapan tidak memasang tali pinggang keledar apabila kereta sedang bergerak.
Lampu Suhu Enjin
Sekiranya simbol ini berwarna biru, bermakna enjin anda masih belum cukup panas (biasanya pada awal pagi) untuk pemanduan optimum – pandu perlahan terlebih dahulu untuk menjaga kesihatan enjin anda.
Namun sekiranya berwarna panas, terdapat masalah pada enjin anda – kemungkinan tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas.
Dalam keadaan ini, berhentikan kenderaan anda di tempat yang selamat untuk biarkan ia sejuk dan segera lakukan pemeriksaan.
Lampu Minyak Enjin
Ini merupakan lampu amaran kuantiti minyak enjin. Sekiranya menyala ketika anda sedang memandu, enjin anda berkemungkinan besar kekurangan minyak hitam / minyak enjin.
Lampu Electric Power Steering (EPS)
Lampu amaran ini akan menyala apabila kunci anda diputar ke posisi ON dan akan terpadam sebaik sahaja enjin dihidupkan.
Namun, jika masih menyala apabila enjin kereta sudah dihidupkan, besar kemungkinan sistem Electric power steering (EPS) mempunyai masalah – anda akan rasa stereng anda sangat berat untuk dipusingkan.
Lampu Beg SRS
Apabila lampu amaran bagi beg SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kereta anda kerana ini merupakan indikator amaran bahawa beg keselamatan udara kereta anda sedang mempunyai masalah.
Lampu Pintu Kereta
Lampu penunjuk kereta ini akan menyala apabila salah satu pintu kereta atau bonet anda tidak ditutup rapat.
Lampu Mod ECO
Lampu ini hanya terdapat pada sesetengah kereta baru yang mempunyai mod Economy. Perkataan ECO disini merupakan singkatan kepada Economy yang bermakna anda sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.