Anda tahu bagaimana Distributor kereta anda rosak ?
tidak kenal pasti untuk mengesan tanda kerosakan ?
Sebelum itu, saya ingin terangkan apakah fungsi Distributor pada kereta.
Fungsi Distributor
Menghantar aliran api pada setiap ruang pembakaran.
Menghantar setiap nyalaan api pada setiap Spark Plug sebelum ia dipercikan ke ruang pembakaran enjin.
Selalu digunakan enjin kereta yang memakai sistem kaburator.
Antara Tanda Distributor Kereta Rosak Adalah :
1 BUNYI ENJIN MELETUP – LETUP
Kerosakan pada Plug Coil
Keadaan enjin stabil semasa enjin sejuk/ baru dihidupkan.
Selepas enjin panas bunyi enjin meletup – letup.Kuasa enjin juga dirasakan berkurangan.
Ini merupakan tanda Distributor kereta rosak yang sangat ketara.
Kerosakan ini berpunca daripada Plug Coil yang terdapat dalam Distributor.
Kerosakan ini mengakibatkan pembakaran enjin tidak sempurna.
Namun begitu, periksa juga komponen yang berkaitan yang mengakibatkan perkara ini terjadi pada enjin kereta anda.
2 ENJIN SUKAR DIHIDUPKAN
Kerosakan pada Distributor Cap
Enjin mengambil masa lama untuk dihidupkan.
Periksa bahagian Distributor cap,rotor kemungkinan terdapat kekotoran, minyak dan karat yang menghalang arus elektrik disalurkan dalam sistem untuk berfungsi dengan baik.
Periksa juga sambungan wiring, dan soket kemungkinan putus atau reput.
Untuk Distributor jenis Contact Point, laraskan poin pada sudut kelegaan yang betul untuk mendapatkan susunan pembakaran api dalam enjin yang lebih sempurna dan tepat.
3 ENJIN BERGEGAR
Enjin bergegar semasa dihidupkan
Enjin bergegar semasa dihidupkan.
Periksa semua bahagian yang berkaitan termasuk Cable Plug, Spark Plug, Distributor Cap kemungkinan terdapat kerosakan atau kekotoran.
Periksa juga sambungan soket dan wiring kemungkinan putus,berkarat atau reput.
Periksa juga Mounting enjin, hose vacuum, kaburator yang juga mengakibatkan terjadinya gegaran pada enjin.
4 ENJIN TIDAK BOLEH DIHIDUPKAN
Enjin tidak boleh dihidupkan
Sampai kepada tahap tertentu, enjin akan tidak dapat dihidupkan.
Satu daripada punca ini adalah kerosakan pada Distributor unit.
Untuk bahagian Distributor, pastikan Cable dan Spark pada plug dalam keadaan baik.
Periksa dahulu komponen ini sebelum memeriksa bahagian komponen lain yang menjadi penyebab enjin kereta tidak dapat dihidupkan.
Shah Perodua merupakan Sales Advisor Perodua Malaysia yang berpengalaman dalam membantu pelanggan memiliki kereta Perodua mengikut keperluan dan bajet masing-masing. Dengan pendekatan yang telus dan proses yang mudah, Shah membantu pembeli dari peringkat maklumat awal sehingga serahan kenderaan.
Melalui perkongsian artikel di Perodua Branch Online, Shah berkongsi informasi berkaitan promosi Perodua terkini, harga model, panduan pembelian serta tips penting untuk memudahkan proses pemilikan kereta.
Untuk semakan kelayakan, pertanyaan lanjut atau tempahan, anda boleh terus ke halaman Perodua Ipoh bagi berhubung dengan sales advisor.