Tip Penjagaan Tayar Kereta

Tayar kereta merupakan salah satu komponen kereta yang teramat penting yang perlu dijaga bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang di atas jalan raya.

Sedikit sahaja kerosakan atau ‘kecacatan’ pada permukaan tayar kereta mampu menjejaskan pengendalian kereta, selain boleh menjejaskan keberkesanan pada brek kenderaan. Ia secara tidak langsung mampu membahayakan nyawa pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Jadi sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab, adalah amat penting untuk anda memastikan keempat-empat biji tayar kereta anda berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. 

Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 4 tip penjagaan tayar kereta yang anda boleh ikuti dan jadikan panduan.

Kekalkan tekanan angin tayar

Sedarkah anda bahawa tekanan angin tayar perlu diperiksa pada setiap bulan? Apabila tayar kereta anda kurang tekanan, kapasiti muatan tayar akan berkurangan, manakala rintangan putaran roda pula akan bertambah. Ini seterusnya akan menyebabkan haba bertambah dan berlaku kerosakan mekanikal.

Anda boleh memeriksa dan mengisi semula tekanan angin tayar kereta anda ketika mengisi minyak petrol di mana-mana stesen minyak dan ia adalah percuma sahaja. Ikuti cara-cara di bawah ini untuk mengisi tekanan angin pada tayar

  1. Setkan meter tekanan tayar (bacaan psi) yang bersesuaian untuk kereta (pada kebiasaannya anda boleh ketahui berapakah bacaan psi yang sesuai pada bahagian pintu kereta pemandu)
  2. Cucukkan alat pemeriksa tekanan angin pada injap tayar
  3. Bunyi berdesir ketika mengepam tayar kereta anda merupakan angin yang terkeluar ketika menggunakan alat tersebut. Jangan risau, ia bagaimanapun tidak akan mengubah tekanan angin tayar kecuali kalau anda gunakan alat tersebut terlalu lama.
  4. Jika anda merasakan bahawa tayar tersebut terlebih tekanan, keluarkan lebihan angin sehingga takat yang sesuai. 

Apa berlaku jika tayar kereta anda kurang tekanan?

Untuk pengetahuan anda, tayar yang kurang tekanan akan menyebabkan kereta anda menggunakan petrol yang lebih dari sepatutnya akibat daripada rintangan yang lebih. Selain itu, tayar yang sentiasa mempunyai tekanan yang rendah juga dikatakan akan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.

Silang / Tukar posisi tayar kereta

Tahukah anda, anda sebenarnya perlu menukar posisi tayar kereta (rotating) setiap 10,000km atau enam bulan sekali bergantung pada keadaan tayar dan juga jenis kenderaan. Silangan tayar ini perlu dibuat bagi mengagihkan paten haus tayar yang berbeza supaya tidak tertumpu pada bahagian tertentu sahaja. Contoh, tayar belakang kereta pada kebiasaannya cenderung untuk mengalami haus jenis flat (tengah), manakala tayar depan pula kerap haus di bahagian bahu (tepi).

Dengan menyilangkan posisi tayar, anda bakal memberi ruang kepada tayar belakang untuk haus pada bahagian bahu, dan tayar depan haus pada bahagian tengah. Ini juga secara tidak langsung boleh memanjangkan jangka hayat tayar kereta anda dan mengurangkan kehausan tidak sekata.  

Lakukan balancing dan alignment

Balancing

Anda memandu kereta dan mendapati stereng kereta bergegar dengan kuat sepanjang perjalanan sehingga mengganggu pemanduan? Maka, ini bermakna anda perlu melakukan balancing pada tayar kerana balancing kereta anda sedang bermasalah.

Balancing tayar penting bagi memastikan putaran tayar berserta rim seimbang dengan paksi putarannya. Anda disarankan untuk membuat balancing pada tayar setiap 6 bulan sekali bagi memastikan tayar kereta berada dalam keadaan yang baik. 

Alignment

Alignment pada tayar kereta pula perlu dilakukan apabila anda mendapati stereng kereta anda senget dan tidak selari bersama tayar kereta.

Tayar kereta yang sudah haus pada satu bahagian sahaja merupakan petanda bahawa tayar kereta anda memerlukan alignment. Untuk pengetahuan anda, proses alignment tayar kereta perlu dilakukan untuk mendapatkan Toe dan Chamber.

Ini bagi memastikan tayar kereta tersebut dapat berjalan dengan baik dan mencengkam pada jalan raya dengan kuat. Sekiranya tayar tidak dapat mencengkam dengan kuat di atas jalan raya, maka kemungkinan untuk berlaku kemalangan di atas jalan raya adalah tinggi.

Punca-punca anda perlu membuat alignment:

  • Kereta terlanggar lubang besar atau lopak dengan kuat dan laju
  • Selepas menukar komponen stereng atau suspensi
  • Kereta sering bergerak ke tepi walaupun sewaktu pemanduan lurus
  • Stereng tidak kembali ke posisi asal selepas membelok
Periksa ketebalan bunga tayar

Untuk pengetahuan anda, purata tayar memiliki kira-kira 8mm kedalaman bunga bagi produk baharu. Apabila mencapai takat 3mm, anda disarankan untuk menggantikan tayar, dan pada kedalaman bunga minimum 1.5mm (sekitar 3¼ permukaan tayar), tayar kereta anda secara teknikal sudah haus sepenuhnya.

Apabila kedalaman bunga pada tayar kurang, maka ia juga secara tidak langsung akan menyebabkan fungsi tayar berkurangan. Ini bermakna, keupayaan ia untuk menyingkirkan air dan cengkaman berkurangan dan jarak membrek juga akan meningkat.

Selain membantu cengkaman tayar, alur tayar direka untuk menyingkirkan air daripada jalan basah secara efektif. Jadi, apabila bunga haus, keupayaan menyingkirkan air juga berkurangan dan meningkatkan peluang berlaku situasi aquaplanning (terapung) atas jalan, dan secara tidak langsung berpotensi untuk kereta anda hilang kawalan dan terbabit dalam kemalangan.

Kerap periksa tayar kereta anda

Sekali lagi di ingatkan, tayar kereta adalah amat penting untuk dijaga demi keselamatan nyawa anda dan juga pengguna jalan raya yang lain. Rajinkan diri untuk membuat pemeriksaan tayar sama ada secara sendiri atau di bengkel dalam tempoh beberapa bulan sekali, mengikut waktu yang disarankan pihak servis dan ikuti Tip Penjagaan Tayar Kereta.

.

Nak Beli Kereta Perodua Boleh Hubungi Saya. SHAH, hanya di PeroduaBranch.online

Rate this post
Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *