...

Pembelian Kereta Perodua Guna Penyata Pencen – Panduan Lengkap Untuk Pesara

Ramai pesara kerajaan menyangka mereka tidak lagi layak untuk membuat pembiayaan kenderaan. Namun hakikatnya, dengan dokumen pencen yang lengkap, anda masih boleh membeli kereta baharu – lebih mudah daripada yang disangka!

✅ Apa Itu Pembelian Kereta Guna Penyata Pencen?

Ia merujuk kepada proses permohonan pinjaman kenderaan menggunakan dokumen pendapatan pencen sebagai bukti kewangan utama. Penyata pencen berfungsi seperti slip gaji biasa, membuktikan anda mempunyai pendapatan bulanan tetap untuk memiliki Kereta Perodua menggunakan Skim Pencen

 

✅ Kelayakan Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 55–70 tahun (bergantung bank).
  3. Mempunyai pencen tetap bulanan minimum RM2000 keatas.
  4. Tidak mempunyai komitmen tinggi atau rekod CCRIS/CTOS bermasalah.

 

✅ Dokumen Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan Lesen Memandu
  • Salinan Kad Pencen
  • Penyata pencen 3 bulan terkini (boleh cetak dari KWAP/JHEV).
  • Penyata Bank 3 bulan terkini (gaji pencen)

 

✅ Model Perodua Yang Sesuai Untuk Pesara

  • Perodua Axia: Jimat minyak, saiz kompak, sesuai untuk kegunaan dalam bandar.
  • Perodua Bezza: Sedan luas dan stabil, boot besar untuk bawa barang.
  • Perodua Myvi: Ikonik, praktikal, dan mudah dijaga.
  • Perodua Alza: Untuk pesara yang tinggal bersama keluarga besar.

 

✅ Kelebihan Skim Pembelian Guna Penyata Pencen

  • Tanpa penjamin.
  • Kelulusan mudah jika rekod bersih.
  • Boleh trade-in kereta lama.
  • Ada diskaun untuk pesara kerajaan (bergantung promosi).
  • Urusan penuh dibantu oleh sales advisor.

 

✅ Proses Permohonan

  1. Semakan kelayakan – Melalui WhatsApp atau borang online.
  2. Hantar dokumen – Upload semua salinan digital. Atau ambil gambar
  3. Semakan bank – Sales advisor akan pilih bank paling sesuai.
  4. Kelulusan pinjaman – Biasanya ambil masa 3–5 hari bekerja.
  5. Pendaftaran & penghantaran kereta.

 

✅ Soalan Lazim (FAQ)

1. Jika umur saya lebih 65 tahun, masih boleh mohon?
Boleh, bergantung kepada bank. Ada bank terima Pinjaman hingga 70 tahun. Jadi baki pinjaman 5 Tahun sahaja.

2. Perlu deposit?
Tidak semestinya. Ada pilihan tanpa deposit jika kelayakan cukup.

3. Jika tiada rumah atas nama sendiri?
Tiada masalah, asalkan ada bil utiliti untuk pengesahan alamat.

4. Kereta terus daftar atas nama saya?
Ya, nama penuh pembeli akan didaftarkan seperti biasa.

5. Saya pencen askar (JHEV), boleh juga?
Ya. Pencen JHEV juga diterima oleh kebanyakan bank.

✅ Semak Kelayakan Anda Sekarang!

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kereta baru Perodua dengan cara mudah. Klik butang WhatsApp di bawah atau isi borang semakan kelayakan. Team kami akan bantu dari awal sehingga kereta dihantar ke depan rumah anda!

5/5 - (3 votes)
Sharing is Caring