Realiti Hudup Seorang Salesman Kereta

Ini adalah realiti sebuah kehidupan seorang jurujual kereta. Ya, Kadang-kadang nampak “besar” bila anda dengar komisen salesmen jual sebuah kereta boleh dapat sampai RM1500 (contoh). Bagi saya kalau ada broker minta sejumlah wang ini, jawapan yang harus diberikan “ya tuan mari datang office isi form untuk kerja” Adalah ayat yang paling sesuai untuk broker2 ini.

Kamon la.. Salesman pun teringin nak makan chicken chop. Nak bawa anak2 isteri berjalan, sama mcm kehidupan org lain. Secara realitinya, andai la gaji korang orang minta sikit, tak banyak setiap bulan 200 je. Apa kata mereka?

Namun ramai yang tak sedar, kebanyakan salesmen mempunyai gaji asas yang rendah. Malah ada yang tak ada gaji asas pun, 100 peratus bergantung pada komisen. Ini adalah kenyataan!

Dengan komisen ini lah mereka gunakan untuk kos berulang alik ke bank, JPJ, ke rumah customer, isi minyak kereta bila deliver dan hadiah-hadiah yang nak menarik pelanggan, untuk memenuhi kehendak keinginan pelanggan kerana 1 unit sales.

Tapi banyak yang akhirnya “makan hati” dengan sikap pelanggan yang tak ada limit nak tekan salesmen sampai kalau boleh, spendar salesmen pun nak digadainya. Tak nafikan, yang bagus sangat bagus. Tetapi ini segelintir sahaja.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Selama aku bergelumang dalam dunia salesman kereta ni macam-macam karenah manusia aku ‘hadap’. Wife beli kereta laki mintak broker fees. Driver mintak broker fees sebab boss die beli kereta. Lepas deliver tetiba muncul salesman entah mana dtg claim broker fee. Customer kaki pau sampai londeh spender, salesman bingai buang habis sebab nak fight dengan competitor & sebagainya. Dan pernah suatu ketika kereta dah standby nak register, ada dealer buang harga. Semata2 nak dapat unit register. Kesian terkadang, jurujual pun ada komimen yang nak ditanggung. Ada juga nak beli susu anak, ada juga masalah2 lain. Aku peduli apa “Cash is King” sayu hati jurujual yang suam2 kuku sales bulan itu.

‘Market’ zaman sekarang ni bab ‘buang’ harga, ‘buang’ free gift, ‘buang’ comm sampai terlondeh spender dah jadi mainan biasa. Persoalan ;

Siapa yang mulakan?
Nak ‘buang’ banyak mana?
Nak ‘buang’ sampai bila?
Siapa yang untung?

Ok lah aku rumuskan ringkasan ‘circle’ hidup majoriti salesman di M’sia.

BASIC GAJI – RM1,000 (nasib la kalau ada)
OVERTIME –  ✘
BONUS – ✘
Yearly Increament – ✘
Komisyen/kereta – RM600 (anggaran)

Situasi Salesman A
1 month – 3 jualan kereta
RM2,800 – Total income 

– RM500 – Broker fees
– Rm150 – Full tank
– Rm600 – tinted
– RM260 – Carpet matt
– RM150 – Payung & Guddies Bag

BALANCE RM1,140.00 gaji nett sebulan

Aku nak tanya kalau wujud SALESMAN A ni brapa lama dia akan jadi salesman?? Baik keje 7e, McD lagi banyak boleh dapat.

Aku bangkitkan hal ni bukan disebabkan duit semata-mata. Aku nampak market jualan kereta ni dah macam CANCER STAGE 4 yang anytime akan rebah.

Bagi aku ni bukan salah customer semata. Salesman, customer & dealer semua bersalah. Salesman buang comm, dealer buang margin, customer perah sampai kering. End up result yg dapat;

Salesman pokai
Dealer rugi
Customer dapat servis sucks

Mesti ada yang tanya kenapa pulak customer dapat servis sucks? Hoi bang dah ko perah sampai kering then salesman buat kerja tanpa rela ko rasa salesman tu happy ke? Ko ingat relation ni akan sampai ke anak cucu dia jaga ko? Aku confirm keluar je showroom concept yg digunapakai. ‘Get ur car & key fuck off now’. Maaf aku memang agak kasar bila berbahasa. Nak tau kenapa? Sebab ni la bahasa yg selalu keluar bila settlekan kes customer kaki perah.

WAHAI SALESMAN & CUSTOMER SILA BERFIKIR SECARA WARAS

5/5 - (6 votes)
Sharing is Caring

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *